Search: Search!
Directory · Login   

Sumber Cerita : Dipetik dan disesuaikan daripada buku Siri Cerita Dongeng Aesop, Peladang dan anak lelakinya,  terbitan Kiddibird Sdn Bhd

Ilustrasi : Encik Lee Tian Soon
Audio      : Zainudin Zainal, Erisham Abdul Rashid
 
SINGA DAN TIKUS
 

          Pada zaman dahulu tinggal seekor tikus di sebuah gua. Di dalam gua itu juga tinggal seekor singa yang sangat bengis. Pada suatu hari tikus tersilap langkah dan terpijak ekor singa yang sedang tidur.

Singa :

(sambil mengaum) Berani kau mengganggu tidur aku. Sakitnya ekor aku ini! Sebagai balasan aku akan bunuh kau!

           Tikus menggeletar mendengar kata-kata singa itu.

Tikus :

Aku... Aku minta maaf wahai Singa. Aku tidak sengaja terpijak ekor kau. Janganlah bunuh aku. Aku berjanji akan membantu kau kalau kau dilanda kesusahan.

Singa :

Hahaha! Kau nak membantu aku yang kuat dan gagah ini? Janganlah bermimpi tikus. Tetapi kerana kau telah membuat aku ketawa hari ini maka aku akan memaafkan kesalahan kau tadi.

Tikus :

Terima kasih, Singa. Aku akan pegang kepada janji aku ini.

         Selepas beberapa hari, singa terperangkap di dalam jaring seorang pemburu. Singa menjadi takut dan meronta untuk melepaskan dirinya. Semakin dia cuba, semakin ketat jaring itu mengongkong badannya. Dia menjerit meminta tolong.

Tikus :

Eh! Itu macam suara Singa. Mengapakah dia menjerit meminta tolong? Baik aku pergi membantunya.

         Tikus terperanjat melihat keadaan singa. Dia mula menggigit jaring itu dengan giginya yang tajam. Tidak lama kemudian singa berjaya melepaskan diri.

Singa :

Terima kasih wahai Tikus. Aku tidak sangka kau dapat menyelamatkan aku hari ini. Maafkan aku kerana tidak mempercayai kau tempoh hari.

Tikus :

Tidak mengapalah Singa. Aku gembira dapat membantu kau.

         Sejak hari itu, mereka menjadi sahabat yang baik.