Selamat bertemu lagi kawan-kawan. Nadi harap kawan-kawan semua di dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja. Nadi yakin kawan-kawan baharu selesai menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Sambil berehat selepas penat memerah otak sewaktu peperiksaan, mari lungsuri Nadi!
Intai-intai bulan ini:
- Mari kita saksikan video Sungai Singapura untuk mengetahui sungai ini dengan lebih lanjut lagi.
- Pada bulan ini Nadi mengajak kawan-kawan ke Pusat Sains Singapura untuk menjelajah pameran-pameran menarik di sana. Yok!
- Nak tahu mengapa Singa marah dengan Tikus? Mari ikuti kisah yang menarik ini!
- Cetak dan warnakan gambar tentang cerita tersebut. Kirimkan kepada alamat yang diberikan sebelum 8hb June 2009.
- Ayuh menyanyi lagu “Badan Cergas Otak Cerdas” dengan kawan-kawan yang lain!
- Jangan lupa untuk sertai Kuiz Ria. Tarikh tutup penyertaan pada 8hb June 2009
- Cuba kawan-kawan kenal pasti perbuatan yang tidak patut dilakukan sewaktu berkelah bersama keluarga dalam fikir-fikir bulan ini.
- Nak tahu pemenang bagi Pertandingan Mereka Setem Nadi? Lihatlah hasil kreativiti kawan-kawan kita!
- Memandangkan Hari Lahir Nadi jatuh pada bulan Mei ini, Nadi menjemput kawan-kawan untuk memberikan ucapan Hari Lahir pada Nadi. Klik di sini untuk menghantarkan ucapan kawan-kawan itu.
