Search: Search!
Directory · Login   

Sumber tambahan dengan kerjasama:
Cik Eunice Choy, Pegawai Perhubungan & Pemasaran
Pusat Sains Singapura

PUSAT SAINS SINGAPURA

      Tahukah, kawan-kawan, di mana kita boleh temui seekor dinosaur Tyrannosaurus yang besar di Singapura?

      Jawapannya, di Science Centre Road di Jurong East.  Ya, di pintu masuk Pusat Sains Singapura.  Dinosaur yang gagah perkasa itulah yang menjadi penyambut tamu para pengunjung di pusat sains tersebut.

      Menduduki ruang lebih kurang 11,500 meter persegi, Pusat Sains Singapura dibahagi kepada beberapa dewan pameran yang dimuatkan dengan lebih daripada 850 bahan pameran interaktif dan statik.

      Di ruang atrium pusat sains itu, para pengunjung boleh menyaksikan Pertunjukan Gelung Tesla, iaitu pertunjukan langsung yang sangat dramatik dan menggemparkan mengenai elektrik voltan tinggi. Gelung 3.5 juta voltan itu menjana percikan api  yang hebat setinggi lima meter.  Wah, sungguh menggerunkan!

     Nadi juga telah menjelajah ke beberapa ruang pameran yang lain.  Misalnya, ruang pameran ‘Web of Life’ atau ‘Lingkaran Hidup’ mengenai hidupan yang terawal dan kepelbagaian tumbuhan dan haiwan hari ini. Terdapat juga penerangan tentang hutan hujan, paya bakau dan hidupan laut.

     Di Tingkat Mezanin di atas ruang pameran tersebut pula terdapat pameran ‘Human Body’ atau ‘Tubuh Manusia’ yang memperlihatkan struktur dan fungsi rumit badan manusia menggunakan model yang besar, bahan pameran yang interaktif , ilustrasi grafik dan persembahan audio-visual.

     Banyak lagi yang Nadi pelajari di ruang-ruang pameran seperti ‘Amazing Electron’, ‘Climate Change’, ‘Living With Viruses’, ‘Nano Technology’, ‘Genome’, ‘i-SPACE’ dan ‘Waterworks’.  Misalnya, tentang para saintis dan penemuan mereka, pemanasan global, jenis-jenis virus berjangkit dan lain-lain lagi.  

    Untuk pengetahuan kawan-kawan, Pusat Sains Singapura akan membuka pameran Da Vinci – The Genius Exhibition pada 16 Mei ini hingga 16 Ogos di bangunan The Annexe.  Pameran ini dibawa masuk dari Itali dan memaparkan kehidupan Leonardo Da Vinci sebagai seorang pencipta, pelukis, saintis, jurutera dan jurubina yang masyhur.

    Menjelang cuti sekolah, Pusat Sains ada menganjurkan Karnival Sains di pusat-pusat beli-belah dari jam 11 pagi hingga 8 malam.  Tarikh dan tempatnya adalah seperti berikut:

  • Plaza Singapura Atrium (29 Mei – 7 Jun)
  • Tampines Mall Open Plaza (12 jun – 21 Jun)

   Dari 30 Mei hingga 10 Jun pula, Pusat Sains Singapura akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sempena Minggu Kimia Nasional yang disokong Kementerian Pendidikan dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang lain.  Antara kegiatannya ialah:

1.  Pertunjukan Green Chemystery (1-5 Jun)

  • Bertempat di Auditorium Maxwell
    (Hari biasa - 9 pagi, 10.30 pagi, 2 petang & 3.30 petang)
    (Hujung minggu – 4.00 petang)
    Percuma

2.  Sesi Amali Hands-on with Chemistry (1-5 Jun)

  • Bertempat di Makmal Sains di tingkat 3
    (Hari biasa - 9 pagi, 11 pagi, 2 petang & 4 petang)
    (Hujung minggu – 11 pagi & 4 petang)
    Percuma

    Tajuk-tajuk bengkelnya:
    WS1 – From Newspaper to New Paper
    WS2 – Caution:  Sulfur in Dried Fruits!
    WS3 – Green Chemistry – Balance with Nature
    WS4 – Hydrogen Fuel Cells – The Next Big Thing?

3.  Amazing Race

  • Bertempat di Galeri Pameran Pusat Sains
    (Hari biasa – 9.30 pagi, 11 pagi, 2.30 petang & 4 petang)
    Bayaran masuk ke galeri dikenakan   
 

+-