Selamat bertemu kembali, kawan-kawan! Nadi berharap kawan-kawan yang baru melangkah ke alam persekolahan telah dapat menyesuaikan diri dengan sekitaran baharu serta mendapat teman-teman baharu. Semoga persahabatan yang terjalin itu memberi kesan yang positif kepada kamu semua. Nadi ingin berpesan kepada kawan-kawan supaya mencari teman yang baik budi pekertinya. Nadi berharap kawan-kawan tidak mudah terpengaruh jika diajak oleh teman-teman lain untuk melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah atau merbahaya. Berfikirlah sebelum bertindak, ya, kawan-kawan! Untuk mengetahui sajian Nadi pada bulan ini, kawan-kawan tidak perlu tunggu lagi. Semuanya ada tersedia di sini. Selamat membaca!
Intai-intai bulan ini:
- Tahukah kawan-kawan di mana letaknya ibu pejabat tentera Jepun di Singapura ketika Perang Dunia Kedua? Dapatkan jawapannya dalam Jejak Singapura.
- Dengarkan kisah menarik bulan ini yang bertajuk "Sepasang Sahabat Dengan Seekor Beruang” dalam Dongeng Warisan.
- Ayuh menyanyi lagu “Bantu Orang Tua” dengan kawan-kawan yang lain!
- Apakah persamaan perayaan Tahun Baharu Cina dengan sambutan Hari Raya? Fikirkan sambil menonton klip video dalam Santapan Minda bulan ini.
- Pernahkah kawan-kawan menyangka ada sebuah bangunan yang telah wujud lebih daripada seratus tahun lamanya di tapak yang sama di Telok Ayer Street? Cari jawapannya dalam Corak Kehidupan bulan ini.
- Akhir sekali, jangan lupa untuk sertai Kuiz Ria. Tarikh tutup penyertaan pada 8hb Mac 2011
